SOALAN LAZIM (FAQ)

1. JAMINAN MELALEUCA
Salah seorang pelanggan saya mahukan bayaran balik. Bagaimana mereka mendapat bayaran dari Melaleuca?
Hantarkan kepada kami maklumat berikut secara bertulis mengenai bayaran balik bersama-sama dengan produk yang dipulangkan: nombor ID pelanggan, nama pelanggan, alamat dan nombor telefon, barang yang dipulangkan, satu salinan invois dan nyatakan sama ada anda mahu kredit ke akaun, bayaran bank atau penggantian produk.

Jika saya memesan produk dan mendapati bahawa ia tidak memuaskan, apa yang perlu saya lakukan?
Pulangkan produk ke alamat yang disenaraikan pada pakej dalam tempoh 60 hari, bersama-sama nama anda, nombor ID, satu salinan invois dan arahan bagaimana anda mahu pemulangan dikendalikan. Anda boleh mengantikan produk, menerima bayaran kredit ke akaun atau menerima bayaran balik.

Jika saya memulangkan produk dengan kredit ke akaun, bagaimana saya mengakses kredit ini? Tanya sahaja pada Wakil Perkhidmatan Pelanggan yang mengambil pesanan anda jika anda mempunyai kredit dalam akaun. Anda boleh guna semua kredit ke atas pembelian sebarang produk Melaleuca; namun pembelian tersebut tidak akan dikira sebagai Mata Produk.

2. MENDAFTAR PELANGGAN ISTIMEWA
Apakah faedah mendaftarkan pelanggan baru?
Pendaftaran yang konsisten mengukuhkan lagi organisasi anda. Anda juga akan menerima Bonus Pengenalan Produk pada pesanan bulan pertama pelanggan yang anda daftarkan sehingga 150 Mata Produk. Bagi pendaftar yang ingin melayakkan diri untuk Komisyen Pengenalan Produk, pelanggan yang didaftarkan perlu membuat pesanan pada bulan pertama, jika mereka menerima sebarang jenis Backup Order atau Select Pack pada bulan pertama pendaftaran, tiada Komisyen Pengenalan Produk akan dibayar.

Bagaimana saya ingin mendaftar pelanggan baru?
Lengkapkan Perjanjian Keahlian Pelanggan sepenuhnya, termasuk penggunaan nombor, alamat surat-menyurat dan penghantaran serta nombor telefon. Masukkan sekali maklumat akaun dan tanda tangan yang diperlukan. Hantarkan kertas kerja yang telah lengkap ke Melaleuca atau bawa kertas kerja ke pejabat korporat.

Bolehkah bagi individu lain ditetapkan sebagai Pelanggan Istimewa pada kad kredit saya?
Tidak. Setiap pelanggan atau Eksekutif Pemasaran perlu mempunyai sebuah akaun masing-masing sebagai pemilik dan dibenarkan mengeluarkan wang. Menggunakan akaun bank anda sendiri atau kad kredit untuk mendaftarkan seseorang boleh mengakibatkan penamatan keahlian.

Jika saya tidak mempunyai akaun Interbank GIRO/ FPX atau kad kredit, bolehkah saya mendaftar sebagai Pelanggan Istimewa?
Tidak, sama ada akaun Interbank GIRO/FPX, kad kredit atau kad debit ditdiperlukan. Untuk kad debit pula, buat masa ini hanya kad debit dari Maybank, EON Bank, Hong Leong Bank & RHB Bank yang boleh digunakan.

Saya mahu individu yang baru berdaftar menerima diskaun Pelanggan Istimewa. Bolehkah mereka menempah produk jika kertas kerja belum lagi diterima oleh Melaleuca?
Mereka boleh membuat tempahan dengan kad kredit atau debit terus sebelum kertas kerja mereka diterima. Kami memberikan semua harga Pelanggan Istimewa pada pembelian pertama mereka. Selepas itu, kami perlu menerima kertas kerja bagi meneruskan diskaun Pelanggan Istimewa.

3. MEMBINA ORGANISASI
Bagaimana untuk saya mendaftar peserta baru dalam organisasi saya?
Anda dibenarkan untuk "menguruskan" lima orang pelanggan atau Eksekutif Pemasaran pada generasi pertama mereka. Kami tidak memberitahu anda bagaimana untuk menstruktur organisasi anda; kami syorkan agar berbincang tentang semua strategi pembinaan perniagaan dengan pendaftar anda dan pasukan sokongan.

Siapakah Eksekutif Pemasaran saya?
Individu pertama dalam pasukan sokongan, Eksekutif Pemasaran dan pendaftar anda adalah sumber utama dalam membina perniagaan anda.

Siapakah yang perlu saya letak sebagai 'pendaftar' pada Perjanjian Keahlian Pelanggan?
Pendaftar adalah pelanggan atau Eksekutif Pemasaran yang memperkenalkan seseorang kepada Melaleuca dan membantu mereka menjadi pelanggan atau Eksekutif Pemasaran.

Bolehkah saya berminat dalam satu atau lebih perniagaan Melaleuca?
Tidak. Anda hanya boleh mempunyai satu pemilikan atau pemilikan penggabungan dalam Pemiagaan Melaleuca Bebas.

4. PERUBAHAN DALAM PERNIAGAAN ANDA
Bagaimana untuk saya mengubah maklumat Pelanggan Istimewa pada borang perjanjian saya?
Dengan satu panggilan mudah ke Pembangunan Perniagaan kami di 1800 823 823. Sesetengah item memerlukan penghantaran borang Perjanjian Keahlian Pelanggan baru. Pakar Pembangunan Perniagaan boleh menerangkan kepada anda dengan lebih lanjut semasa panggilan anda dibuat.

Bolehkah saya 'memindahkan' peserta peribadi baru?
Ya. Pendaftar boleh memindahkan peserta peribadi ke posisi yang lain dalam masa sebulan dengan menghantar borang Perjarijian Keahlian Pelanggan yang telah diperbetulkan. Pendaftar juga boleh memindahkan peserta peribadi dalam organisasi beliau dalam tempoh dua bulan selepas bulan pendaftaran dengan Borang Perubahan Peseta Baru Baru ke Pernbangunan, Perniagaan bersama tandatangan peserta baru berkenaan. Setiap perniagaan atau Eksekutif Pemasaran yang dipindahkan akan mengikuti peserta baru terbabit. Pemindahan hanya terhad kepada 20 perniagaan/pelanggan sahaja. Yuran perubahan akan dikenakan bagi setiap pemindahan Pelanggan atau Eksekutif Pemasaran dalam organisasi.

Bolehkah saya memindahkan seseorang dalam organisasi saya?
Melaleuca tidak menggalakkkan perubahan dalam organisasi. Melaleuca akan menyemak semula permintaan perubahan organisasi secara bertulis dengan kesemua tujuh pasukan sokongan di atas pelanggan atau Eksekutif Pemasaran yang ingin dipindahkan. Borang Perubahan Organisasi bersaina tandatangan asal diperlukan. Kedua-dua individu yang dipindahkan dan pendaftar perlu menandatangani borang tersebut. Yuran sebanyak RM100 akan dikenakan bagi pemindahan asal dan RM40 bagi pemindahan yang berkaitan. Borang Perubahan Organisasi perlu dilengkapkan oleh setiap individu yang dipindahkan. Pemindahan hanya terhad kepada 10 perniagaan/ pelanggan sahaja. Bagi melengkapkan perubahan RM40, semua borang berkaitan perlu disertakan sekali. Kami sarankan agar anda merujuk kepada Pakar Pembangunan Perniagaan apabila melakukan permohonan perubahan ini.

Apa yang berlaku pada struktur dalam organisasi saya jika seseorang itu tidak aktif?
Seorang pelanggan ''tidak aktif'' jika beliau tidak membuat pembelian minimum 35 Mata Produk. Jika pelanggan tidak aktif bagi dua bulan berturut-turut, beliau akan kehilangan jawatannya dalam organisasi secara automatik.

Seorang Eksekutif Pemasaran dalam organisasi saya tidak memperolehi Mata Produk selama dua bulan lepas. Adakah terdapat sebarang cara untuk beliau mengekalkan jawatannya dalam organisasi pemasaran beliau?
Dua bulan tanpa memperolehi Mata Produk yang minimum menyebabkan kehilangan organisasi pemasaran beliau secara automatik.

Apa yang akan berlaku kepada pelanggan yang tidak aktif bagi dua bulan berturut-turut dan membuat pesanan sebanyak 35 Mata Produk pada bulan ketiga?
Oleh kerana beliau membuat pembelian dalarn bulan ketiga, beliau akan mengaktifkan semula organisasi pemasaran beliau pada jawatan pertama yang tersedia di bawah Eksekutif Pemasaran beliau yang asal.

Bagaimana saya boleh mengubah maklumat pembayaran saya?
Lengkapkan can tandatangan Perjaiiian Keahlian Pelanggan baru dan hantarkan ke Melaleuca.

Seseorang di dalam organisasi saya telah menamatkan status Pelanggan Istimewa beliau. Adakah beliau masih boleh membeli produk?
Beliau masih boleh membeli terus dan syarikat sebagai Pelanggan Langsung dan boleh dihantar terus kepadanya. Pelanggan Langsung membayar pada harga biasa berbanding daripada 30% hingga 40% potongan daripada harga biasa bagi Pelanggan Istimewa. Pelanggan Langsung tidak akan mengekalkan tempat di dalam sesebuah organisasi kecuali mereka memperolehi Mata Produk minimum yang diperlukan.

Adakah perniagaan Melaleuca saya boleh diwariskan? Ya, Anda boleh mewariskan (Iihat Polisi # 17) Pemindahan ini perlu mendapat kelulusan dari Melaleuca, Inc.

5. LAPORAN PERNIAGAAN BULANAN
Siapakah yang akan menerima Laporan Perniagaan Bulanan?
Semua Eksekutif Pemasaran yang mempunyai sekurang-kurangnya Seorang pelanggan aktif dan memperolehi cek komisyen dan bonus akan menerima Laporan Perniagaan Bulanan yang menerangkan aktiviti dalam organisasi mereka. Ini merupakan dokumen yang sangat berharga bagi membina dan menyemak semula aktiviti perniagaan.

Bilakah saya menerima Laporan Perniagaan Bulanan saya?
Laporan Perniagaan Bulanan akan diemelkan pada 17hb setiap bulan (jika 17hb adalah hari minggu atau cuti umum, Laporan Perniagaan akan dihantar pada hari benkutiya). Jika anda tidak menerima Laporan Perniagaan anda sehingga 26hb, hubungi Pembangunan Perniagaan Melaleuca di nombor 1800 823 823.

Bilakah komisyen dan bonus dibayar?
Komisyen dan bonus dikira berdasarkan jumlah jualan produk dari hari pertama hingga terakhir bulan kalendar.

Adakah saya akan menerima Laporan Perniagaan Bulanan setiap bulan?
Jika anda tidak memperolehi sebarang komisyen pada bulan tersebut, anda tidak akan menerima Laporan.

Apakah itu bonus Value Pack dan Career Pack?
Bonus-bonus ini diperolehi daripada hasil jualan Value Pack dan Career Pack dan Value Packs Penjagaan Kulit Nicole Miller kepada Eksekutif Pemasaran baru. Bonus ini dibayar kepada pendaftar (atau pembantu, jika tersenarai di dalam borang Perjanjian Eksekutif Pemasaran).




Hubungi Kami (Contact Us)

Sekiranya anda berminat sila hubungi kami dengan cara sms/call/email:
If interested, please contact us by sms/call/email:

RinggitBuilder.Com
HJ AHMAD BIN HJ YUNUS
Website: http://www.ringgitbuilder.com
Email: ringgitbuilder@gmail.com
HP: 017-8828078


Hak Cipta Terpelihara 2009 RinggitBuilder.Com
Disclaimer: Ini adalah laman web peribadi. Ia bukan laman web rasmi syarikat yang disertai. Contoh-contoh pendapatan adalah simulasi sahaja dan tidak boleh digunakan untuk apa jua tuntutan. Pendapatan sebenar bergantung kepada usaha setiap peserta dan syarat-syarat syarikat yang dipromosikan. RinggitBuilder.com tidak menjamin sebarang pendapatan tanpa disertakan dengan usaha setiap ahli. Sekiranya terdapat data/infomasi yang bercanggah dengan syarikat-syarikat yang dipromosikan, maka data/infomasi syarikat-syarikat tersebut akan mengatasi (over-ride) data/infomasi yang terdapat didalam web ini (dan juga web-web yang ada link dengannya) dan mestilah diambil kira sebagai data/infoamsi yang terkini, benar dan betul. Peluang pendapatan (jika ada disebutkan) perlu dimulakan dangan usaha anda, dan RinggitBuilder.com tidak menjanjikan peluang yang selalu diungkapkan seperti 'Duduk Diam-Diam Dapat Duit'.

`