Hand
SOALAN-SOALAN LAZIM
Frequently Asked Questions (FAQ)
PERSOALAN / MASAALAH


Bagaimana caranya mengatur Guru dan Subjek Bertindih
(3 subjek/guru atau lebih) ?

PENYELESAIAN

Tiga orang guru Roslina, Ustaz Redha dan Ng KK mengajar 2 subjek bertindih, iaitu Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral untuk 2 kelas yang bergabung iaitu Kelas 1K dan Kelas 1I didalam period yang sama. Roslina dan Ustaz Redha mengajar Pendidikan Islam dan Ng KK mengajar Pendidikan Moral.

Tab Data:
Sediakan kod untuk guru-guru dan subjek-subjek ini.

QA09-322-01

Jadual A:
LINA (Roslina)
RED (Ustaz Redha)
NG (Ng KK)
Untuk jumlah guru bertindih melebihi 2 orang, buat satu kod guru 'dummy' yang menunjukkan gabungan nama guru-guru ini. Untuk contoh ini, RRN adalah kod untuk Roslina+Redha+Ng. Kod RNN ini akan terpapar di dalam Jadual Kelas kemudian.

Jadual B:
PI (Pendidikan Islam)
PM (Pendidikan Moral)
Buat satu kod subjek 'dummy' yang menunjukkan gabungan 2 subjek PI dan PM. Untuk contoh ini, PIM adalah kod untuk PI+PM. Kod PIM ini akan terpapar di dalam Jadual Kelas kemudian.

Tab Gabung:
Isikan data seperti didalam rajah berikut:

QA09-322-02

Tab Hari1-Hari5:
Sebagai contoh, subjek PIM disusun pada hari pertama (tab Hari1) period kelima.
Isikan kod guru RRN dan PIM pada kelas 1K dan 1I dalam period dan hari yang sama (lihat rajah berikut).

QA09-322-04

Tab Guru:
Klik drop-down kod guru dan pilih RRN (lihat rajah dibawah).
Klik butang 'Kemaskini Jadual RRN'.
Atau anda boleh juga klik butang 'Kemaskini Semua' tanpa memilih kod guru dahulu. Tetapi ini akan mengambil masa sedikit jika jumlah guru sekolah anda ramai.

QA09-322-04

Tab 2Guru:

Langkah 1: Pilih Kelas

QA09-322-05

Klik anak panah di dalam drop-down list dan pilih Kelas 1K. Sejurus setelah anda memilih kod kelas, jadual bagi kelas 1K akan dipaparkan didalam jadual dibawahnya.

Langkah 2: Pilih Subjek dan Guru

Klik anak panah dan pilih PIM Subjek Pertama, Period-period yang mengandungi PIM (subjek pertama) tadi akan bertukar menjadi warna biru muda.

QA09-322-06

Sekarang klik Subjek Kedua pula, iaitu PI (iaitu subjek yang diajar oleh LINA).

Sekarang pilih nama Guru Subjek Kedua pula, dalam contoh disini, ‘LINA’, dan klik ‘Semak Kekosongan LINA’.

QA09-322-07

Jadual waktu semasa LINA akan terpapar didalam jadual dibawahnya.

QA09-322-08

Kemudian didalam jadual yang berikutnya pula akan anda nampak status kekosongan LINA pada period-period subjek pertama (PIM).

Sekiranya guru ini mempunyai kekosongan, jadual ini akan kelihatan kosong sahaja. Tetapi jika guru yang anda pilih tadi memunyai period yang sudah ada subjek lain, maka paparan period berwarna kuning dengan teks ‘Penuh’ didalamnya akan kelihatan. Ia menunjukkan bahawa guru ini telah mempunyai subjek yang perlu diajar pada period-period ini.

Ini bermakna guru ini tidak sesuai untuk mengambil subjek kedua. Anda perlu memilih guru lain atau anda perlu menyusun semula kedudukan subjek pertama.

Langkah 3: Pilih Guru Ini (Confirm)

Nota: Teks butang bergantung kod guru yg anda pilih.

QA09-322-09

Butang diatas akan tidak aktif jika guru yang anda pilih penuh. Sekiranya guru yang anda pilih tidak penuh pada period-period subjek pertama (PIM), maka langkah seterusnya ialah klik butang ‘OK, Pilih LINA’. Anda akan melihat pada jadual dibawah yang berikutnya akan menunjukkan jadual guru kedua yang asal telah ditambah dangan subjek PI pada period-period yang mengandungi subjek pertama bagi kelas yang anda pilih diatas tadi.

QA09-322-10

Langkah 4: Rekodkan Guru
Langkah yang terakhir adalah untuk merekodkan pilihan dan susunan anda tadi. Klik butang ‘Rekodkan LINA’.

QA09-322-11

Nota: Teks butang bergantung kod guru yg anda pilih.

Jadual guru-guru kedua yang telah anda atur akan disenaraikan dibawah tajuk ‘JADUAL GURU-GURU YANG BERGABUNG / BERTINDIH’ seperti berikut:

Ulangi langkah-langkah diatas untuk membuat susunan bagi Ustaz Redha (dengan subjek kedua PI) dan Ng KK (dengan subjek kedua PM).

Tab Guru+2Guru:

Seterusnya, anda perlu klik tab ‘Guru+2Guru’. Ini adalah untuk merumuskan (menggabungkan) semua jadual waktu bagi setiap guru termasuk subjek-subjek bertindih dan juga period-period guru bergabung.

QA09-322-13

Klik butang ‘Gabung Semua’ untuk merumuskan semua jadual guru sekolah anda. Ini perlu anda lakukan untuk mengemaskini semua jadual setelah anda membuat perubahan. Sekiranya anda tiada membuat apa-apa perubahan, ianya tidak perlu dilakukan.

Tab Jadual Guru:

QA09-322-14

Klik anak panah pada drop-down list, dan pilih LINA.
Kemudian klik butang ‘SUSUN’. Jadual LINA akan terpapar seperti berikut.

QA09-322-15

QA09-322-20

Ulangi untuk Ustaz Redha dan Ng KK.

QA09-322-16

QA09-322-17


Tab Jadual Kelas:

Klik anak panah pada drop-down list, dan pilih 1K.
Kemudian klik butang ‘SUSUN’. Jadual Kelas 1K akan terpapar seperti berikut.

QA09-322-18

Ulangi untuk Kleas 1I.

QA09-322-19

 


Kembali ke Halaman Utama

RBLogo
Copyright Reserved © 2016 RinggitBuilder.com