JADUAL WAKTU SEKOLAH
Saya memahami kesusahan dan kerumitan guru-guru yang bertungkus lumus dan bercengkang mata untuk menyediakan jadual waktu induk untuk semua guru-guru disekolah mereka. Ianya sesuatu yang sangat mencabar kesabaran anda. Mungkin saya dapat menolong anda. Cubalah gunakan program saya ini yang telah membantu isteri saya (seorang guru) dan juga ramai guru-guru lain di Malaysia meringankan tugas mereka menyediakan keseluruhan jadual waktu untuk sekolah mereka setiap tahun.

'Membina Kesejahteraan Sambil Membantu Orang Lain'


(Ada diantara grafik diatas tidak terdapat pada versi percuma yang boleh anda download disini)
Sila klik pada grafik diatas untuk melihat contoh beberapa paparan program ini dengan lebih jelas

Assalamualaikum
& Selamat Sejahtera Guru-Guru Semua.

Program Penjadualan Waktu Sekolah ini adalah satu ‘workbook’ Microsoft Excel yang telah saya formulakan untuk dijadikan satu program yang dapat digunakan sebagai alat untuk menyusun jadual induk sekolah secara lebih mudah, teratur dan sistematik. Untuk menggunakan program ini, anda hanya memerlukan Microsoft Excel didalam komputer anda.

Dipasaran terdapat banyak program-program yang tujuannya serupa, iaitu untuk membantu anda membuat jadual waktu sekolah. Ada yang berbayar (beratus malah beribu RM harganya), dan ada yang percuma. Yang berbayar sudah tentunya canggih dan mempunyai berbagai fungsi. Kini, RinggitBuilder juga menyediakan dua jenis versi program, iaitu yang percuma dan berbayar. Namun buat masa ini, saya belum memberi kebenaran kepada sesiapa untuk menjualnya bagi pihak saya. Anda perlu membeli versi berbayar terus dari RinggitBuilder.com seperti yang diterangkan dibahagian bawah laman ini.

Anda boleh menggunakannya pakej percuma secara PERCUMA. Ya percuma, namun ciri-cirinya agak terhad. Saya tidak melarang jika ada pengguna yang ingin menyumbang secara ikhlas untuk usaha-usaha memperbaiki kualiti program ini dimasa akan datang untuk dimanfaatkan oleh lebih ramai guru-guru dan sekolah-sekolah diseluruh Malaysia.

Prinsip

Prinsip atau konsep yang digunakan ialah: Mudah, Ringkas & Tepat.

Spesifikasi

Dalam versi awalnya, program ini sesuai digunakan untuk penyediaan jadual waktu sekolah yang mempunyai 11 period dan 15 subjek sahaja. Namun diatas permintaan guru-guru yang telah menggunakannya, jadual sekolah ini telah mempunyai spesifikasi maksimanya seperti berikut:

Jumlah Guru
100
Jumlah Subjek
40
Jumlah Hari Dalam Seminggu
5
Jumlah Period Dalam Sehari
13
Jumlah Aliran/Tingkatan Persekolahan
6
Jumlah Kelas Setiap Aliran/Tingkatan
10

Data diatas adalah jumlah maksima, jadi sekiranya sekolah anda memerlukan bilangan yang kurang dari jumlah diatas, tidak menjadi masalah.

Perbandingan Ciri-Ciri

Berikut adalah perbandingan ciri-ciri diantara Versi Percuma dan Versi Berbayar:

-
CIRI-CIRI PAKEJ (VERSI)
Percuma
JWS2014
1
Jumlah Guru
100
100
2
Jumlah Subjek
30
40
3
Jumlah Hari Dalam Seminggu
5
5
4
Jumlah Period Dalam Sehari
13
13
5
Jumlah Aliran/Tingkatan Persekolahan
6
6
6
Jumlah Kelas Setiap Aliran/Tingkatan
10
10
7
Mudah untuk digunakan kerana ia berasaskan Microft Excel.
8
Banyak menggunakan klik tetikus dan tidak banyak menaip. Menaip hanya diperlukan semasa mengisi data-data asas seperti subjek, guru dan kelas.
9
Banyak bantuan (‘help’) secara visual yang akan keluar apabila anda memilih atau berpindah dari satu sel ke sel yang lain.
10
Mengeluarkan amaran secara tetingkap beserta audio apabila sesuatu keadaan tidak dibenarkan. Contohnya, apabila jumlah masa mengajar guru dalam seminggu telah melebihi hadnya.
11
Dapat memastikan tidak ada guru yang terlebih bebanan masa mengajar.
12
Dapat mengelakkan keadaan bertindih masa untuk guru.
13
Kerja dan setting untuk mencetak sangat mudah kerana ia menggunakan Microsoft Excel.
14
Boleh membuat kerja secara beransur-ansur. Anda boleh berhenti dan menyambung semula pada bila-bila masa.
15
Mempunyai grafik yang menarik dan tidak membosankan.
16
Mencetak data-data berikut:
- Jadual Individu Guru
- Jadual Kelas
- Jadual Keseluruhan Harian
- Jadual Keseluruhan Guru
- Jadual Keseluruhan Kelas
- Data Guru & Status (Statistik)
- Data Kelas & Subjek
17
Mempunyai fungsi RELIEF iaitu untuk mencari Guru Pengganti yang sesuai untuk mengambil alih kelas apabila terdapat guru yang tidak dapat hadir kesekolah pada bila-bila masa. Data boleh direkodkan dan dicetak untuk hari-hari Relief dan juga keseluruhan tahun. Slip Relief untuk individu Guru Relief juga boleh dicetak.
-
18
Menentu dan mewarnakan period mengikut subjek secara automatik. Fungsi ini sesuai jika anda mempunyai mesin pencetak warna. Mempunyai fungsi untuk memadamkan warna semasa tidak diperlukan.
-
19
Boleh mengatur guru-guru yang bergabung untuk satu subjek, contohnya pada satu-satu masa subjek Pendidikan Islam diajar oleh 3 orang ustaz.
-
20
Penentuan dan pengaturan masa period secara automatik.
-
21
Penentuan dan pengaturan masa rehat secara automatik.
-
22
Boleh mengatur waktu rehat yang berbeza-beza antara kelas/tahap.
-
23
Senarai subjek dan kelas yang diajar dibuat secara automatik.
-
yes
24
Paparan logo sekolah didalam cetakan jadual waktu.
-
25
Boleh membuat pesanan khas supaya program disesuaikan dengan keperluan dan ciri-ciri sekolah.
-
YES
26
Manual Pengguna (panduan menggunakan program) disediakan. Pada hakikatnya, didalam program ini sendiri pun telah ada arahan secara 'built-in' pada setiap sel yang anda klik dan perlu masukkan data.
-
27

Jadual Lokasi Guru - untuk mengesan (mengetahui) dengan mudah dikelas mana setiap guru berada pada hari dan waktu-waktu tertentu (fungsi terbaru atas permintaan ramai)

-
28
Boleh mengatur 2 guru/2 subjek bertindih, contohnya pada satu-satu masa subjek Pendidikan Islam bertindih dengan Pendidikan Moral.
-
11
29
Boleh mengatur kelas-kelas yang bergabung dan diajar oleh seorang guru, contohnya pada satu-satu masa subjek Kelas 1A, 1B & 1C diajar oleh seorang guru. Sistem boleh mengesan sama ada guru itu overlap atau mengajar kelas gabungan (fungsi terbaru).
-
30
Masa berlainan khusus untuk hari Jumaat (fungsi terbaru atas permintaan pengguna). Waktu khusus ini boleh di'ON'kan atau di'OFF'kan mengikut keperluan sekolah.
-
31
Tiada fail berasingan untuk slip Relief (fungsi terbaru).
-
32
Jaminan wang dikembalikan dalam masa 30 hari.
-
.
H A R G A
Percuma
RM 288

 

PENGUMUMAN KEPADA SEMUA PENGGUNA JWS BERBAYAR
Pengguna-pengguna JWS Berbayar yang telah membeli pada tahun-tahun yang lepas, sila hubungi saya untuk mendapatkan Versi JWS 2012 secara percuma. Untuk menggunakan JWS2014 pula, pengguna-pengguna JWS Berbayar hanya perlu top-up sebanyak perbezaan harga pembelian sahaja.


 


3 Langkah/Peringkat

Setelah anda membuka program ini dengan Microsoft Excel, anda hanya perlu melakukan langkah berikut untuk menghasilkan kesemua jadual guru-guru disekolah anda:

Langkah 1: Mengisi Data
Langkah 2: Mengatur Jadual
Langkah 3: Mencetak Jadual

Semudah itu sahaja.

Maklumbalas Anda Diperlukan

Jadilah pengguna yang aktif. Setelah anda menggunakan program ini anda boleh membantu dan bekerjasama dengan saya dengan memberikan maklumbalas berupa catatan/komen yang membina berkaitan pendapat atau pengalaman anda menggunakannya. Catitan dan komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki kekurangan dan menambah keupayaan dan ciri-ciri program ini agar ianya lebih senang digunakan dan memberi manafaat kepada pengguna-pengguna dimasa akan datang. Anda pengguna-pengguna lama juga akan saya ‘update’kan dengan versi-versi yang terbaru dari masa kesemasa.

Anda juga dialu-alu dan digalakkan untuk memperkenalkan program ini kepada individu yang lain supaya mereka juga akan mendapat manafaatnya.

Sebahagian Dari Testimoni Pengguna (melalui email & sms)

 

Salam Tuan Haji. Terima kasih banyak2 atas bantuan Tuan Haji... Hanya Allah yang mampu membalas jasa Tuan Haji atas bantuan yang begitu besar ertinya kepada saya, guru2 dan anak2 pelajar saya. Terima kasih banyak2. Semoga hasil usaha dberkati Allah & menjadi amalan yang berkekalan dan terima kasih kerana membantu anak2 istimema kami...
(Pn. Rosita, Pendidikan Khas SMKSGN, Dec 2009)


 

 

Assalamualaikum. Tahniah Tuan Haji Ahmad tentang aplikasi jadual waktu, sangat menarik apa yang didemokan. Saya Nor Azman dari SK Nam Heng amat berminat dengan aplikasi Tn Hj. Sebagai guru penyelaras jadual saya amat tertekan membuat secara manual. Dgn sebab ini saya ingin memohon agar Tuan Haji dapat menyumbangkan aplikasi kepada sekolah kami yang merupakan sekolah kurang murid (SKM) dan saya juga berminat utk membeli aplikasi ini jika harganya dalam kemampuan saya. Saya dah download Versi Percuma yang disediakan, ianya amat menarik dan sangat mudah....
(Nor Azman Bin Mahat Man, Feb 2010)


 

 

Terima kasih saya yang tidak terhingga atas budi baik tuan, Insyallah saya akan menggunakan program yang tuan bina demi kebaikan bersama dan semoga Allah sahaja yang membalas budi baik tuan. Terima kasih sekali lagi tuan yang budiman.
(Khuzaimi Abdul Razak, Taman Keramat Makmur, Jun 2010)


 

 

As-salam, saya dah dapat membuat jadual berpandukan jadual Tn Hj, sangat2 terhutang budi, memang mudah kalau tahu caranya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik Tn Hj kerana memudahkan tugas saya. Insyaallah perisian lain saya akan cuba beli nanti.
Terima kasih.
(Siti Ruhaida, KAFA Al Furqan, Rawang, Nov 2011)


 

 

Sebenarnya saya dah try yang percuma tahun ni. Walau pun sistem tersebut agak berlainan dengan perjalanan sekolah saya kerana sekolah saya adalah sekolah tahfiz yg juga ada subjek kbsm, tapi ia sangat membantu.
Terima kasih Tn Hj.
(Samsuryani bt Abu Bakar, SKDT, Nov 2011
)

 

 

Saya telah berjaya menyiapkan jadual utk guru2 saya dengan menggunakan JWS tuan. Terima kasih yang tidak terhingga kerana ianya amat membantu tugas saya. Semoga usaha tuan diberkati Allah.
(Jamilah Ali, SMK Seri Perling, JB, Dec 2011)


 

 

Memang memeningkan kepala membuat jadual ni... Sekarang ini pun saya masih menggunakan perisian X?X timetable, tapi tidak boleh print out, maklumlah versi trial.. Nak beli yang ori, tak mampu... Maklumlah sekolah kecil, budget pun kurang. Mujurlah ada program JWS2011 yang saya dapatkan dari tuan, dapatlah juga saya gunakan untuk kegunaan sekolah dan kemudahan rakan setugas.
(
Razlee Roslee, SK Ambual Sabah, Dec 2012)

 

 

Ribuan terima kasih! Excel (JWS) ini sangat berguna!
(Sophia, SJK(C) Yu Chai Ulu Beranang NS. Jan 2012)


 

 

Saya AJK jadual waktu sekolah manakala suami perlu buat jadual waktu untuk kelas pendidikan khas. Terima kasih atas bantuan Tuan Hj yang tidak ternilai... Selama ini saya bersengkang mata nak siapkan jadual sekolah.
(Azi Ali, SK Sungai Buloh, Melaka, Jan 2012)


 

 

Salam. Alhamdulillah & bersyukur kepada Allah swt akhirnya saya dapat siapkan jadual SMPKVSA dengan bantuan JWS ni. JWS adalah di antara software yang paling senang dan mudah untuk d gunakan dan mudah untuk di fahami penggunaannya jika dibandingkan dengan software lain. Ribuan terima kasih saya ucapkan wakil SMPKVSA kpd Tn. Hj Ahmad Yunus untuk software ini & terima kasih juga kerana banyak memberi tunjuk ajar menggunakan software ini sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. =)
(Noralina Samsudin, SMPKV Shah Alam, Feb 2012)


 

 

Assalamualaikum Hj, Alhamdulillah JWS boleh diguna dan berfungsi dengan baik. Tahniah buat Hj atas usaha murni selama ni membantu para guru menyediakan jadual waktu. JWS Hj ni murah dan berpatutan berbanding harga program jadual lain yang ada di pasaran. Cadangan saya untuk relief tu kalau boleh besarkan fontnya. Jika boleh adakan ruangan tandatangan bawah nama cikgu yang relief tu. Saya edarkan borang tersebut untuk cikgu tandatangan sementara slip relief tu cikgu2 ambil & paste dlm buku rekod. Apa pun syabas dan terima kasih saya ucapkan.
(Junita Abdullah, GPK1, SK Sri Pilah, NS, Feb 2012)

 

 

JWS Versi Percuma

Klik ikon dibawah untuk memuat turun (download) program ini secara percuma.
Untuk mengubah nama sekolah dan tahun sila emailkan
Nama Anda, Nama Sekolah & Nombor HP
anda ke ringgitbuilder@gmail.com.
Tidak perlu bayar... Ianya PERCUMA!

JWS Versi Percuma.  Klik untuk download (muat turun)
JWS Versi Percuma
(fungsi sepenuhnya, bukan demo)


JWS 2014 (Versi Demo Dengan Fungsi 100%)

Jangan Membeli Sebelum Anda Test-Drive Dahulu...

Klik ikon dibawah untuk memuat turun (download) Program JWS 2014 Versi Demo (Test Drive) dan Manual Pengguna. Baca dan ikut arahan/panduan ringkas yang terdapat didalam Program JWS itu sendiri untuk membantu anda menggunakannya. Jika memerlukan penerangan lebih terperinci, anda boleh merujuk kepada Manual Pengguna. Jika terdapat juga masaalah, bolehlah anda menghubungi saya terus melalui telefon, sms atau WhatsApp.

Anda boleh terus menggunakan Versi Demo ini untuk mencuba dahulu dengan fungsi penuh 100% sebelum membuat pesanan untuk membeli JWS 2014 berbayar. Juga bertujuan untuk memastikan ianya sesuai dengan komputer anda. Anda boleh mengisikan data untuk sekolah anda dan membuat pengaturan sebahagian atau sehingga selesai 100%. Apabila telah benar-benar berpuas hati dan serasi dengannya, bolehlah anda membuat pesanan untuk membelinya.

Setelah membuat pembayaran untuk membeli, bolehlah anda emailkan fail JWS yang telah siap atau separa siap itu kepada saya untuk saya tukarkan nama sekolah, masukkan logo sekolah dan padamkan garisan merah yang melintangi Jadual Guru dan Jadual Kelas.

Mulakan dengan mengisi data sekolah anda didalam tab 'Data' dahulu sebelum berpindah kepada tab-tab yang lain. Baca arahan mudah disebelah kanan halaman 'Data' dan ikut step-by-step dan juga setiap arahan singkat yang akan terpapar pada setiap sel yang perlu diisi, InsyaAllah anda akan cepat faham.

Untuk membantu anda cepat faham, anda juga boleh memuat-turun fail Sample Program JWS dibawah untuk melihat contoh bagaimana data diatur. Anda boleh juga bermain-main dengan fungsi program JWS ini dengan data yang sedia ada, contohnya untuk melihat paparan jadual guru, jadual kelas, relief dan lain-lain dengan tidak perlu mengisi data dahulu.

.... SELAMAT MENCUBA ....


JWS 2013 (untuk sekolah rendah) Versi Demo (Test Drive). Klik untuk download (muat turun)
JWS 2014 (Sekolah Rendah) Versi Demo (Test Drive)
(100% Berfungsi Penuh Untuk Menguji Sistem JWS Sebelum Anda Membeli)

JWS 2013 (untuk sekolah menengah) Versi Demo (Test Drive). Klik untuk download (muat turun)
JWS 2014 (Sekolah Menengah) Versi Demo (Test Drive)
(100% Berfungsi Penuh Untuk Menguji Sistem JWS Sebelum Anda Membeli)

Contoh mengisi data dan mengatur jadual menggunakan JWS 2013. Klik untuk download (muat turun)
Sampel Program JWS
(Contoh Pengisian Data Dan Pengaturan Jadual)

Manual Pengguna JWS 2014. Klik untuk download (muat turun)
Manual Pengguna


 
SEANDAINYA CANTIK, BERI TAHU KAWAN....
SEKIRANYA KURANG CANTIK, BERI TAHU SAYA....

 


Cara Memesan JWS 2014

Setelah anda mencuba JWS 2014 Versi Demo (Test Drive) diatas dan benar-benar berpuas hati
dengan fungsi program JWS ini dan berhajat ingin membeli JWS 2014 Berbayar,
sila buat bayaran sebanyak RM288 (atau RM298 jika anda memerlukan salinan dalam bentuk CD-ROM)
kedalam salah satu akaun berikut:

MBB Logo
No Akaun:
512101-147291

atau

CIMB Logo
No Akaun:
80019-33341

atau

CIMB Logo
No Akaun:
2620-5400-020-208

dan emailkan/whatsapp/smskan butir-butir bayaran kepada saya.
Nyatakan Nama Penuh, No. HP, Nama Penuh Sekolah dan Alamat Email anda.
Anda boleh emailkan saya Logo Sekolah anda jika anda
inginkan ianya terpapar didalam cetakan jadual waktu.
Pakej program akan saya hantarkan melalui email selewat-lewatnya dalam masa 48 jam.


Berbanggalah dengan produk buatan Malaysia

Jaminan 30 Hari

Jaminan 30 Hari Wang Dikembalikan
(sekiranya pakej ini tidak memenuhi ciri-ciri yang disenaraikan diatas)

 

PENGUMUMAN KEPADA SEMUA PENGGUNA JWS BERBAYAR
Pengguna-pengguna JWS Berbayar yang telah membeli pada tahun-tahun yang lepas, sila hubungi saya untuk mendapatkan Versi JWS 2012 secara percuma. Untuk menggunakan JWS2014 pula, pengguna-pengguna JWS Berbayar hanya perlu top-up sebanyak perbezaan harga pembelian sahaja.


 

Jika anda tinggal berhampiran dengan Shah Alam, anda boleh membuat
membuat temujanji untuk datang berjumpa saya untuk Demo di Shah Alam.


Perkhidmatan Pengaturan Jadual Waktu

Perkhidmatan Terkini

Diatas permintaan ramai, saya kini sedang berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaru iaitu perkhidmatan mengaturkan jadual waktu untuk mereka yang merasa terbeban atau tiada masa untuk mengaturkan sendiri jadual waktu induk sekolah mereka. Untuk itu saya telah menyediakan template untuk mendapatkan data sebenar dari sekolah mereka. Anda juga dijemput untuk download template di bawah, mengisinya dengan data sebenar sekolah anda dan menghantarkan kepada saya melalui email. Sila nyatakan dalam email tersebut kehendak spesifik anda (jika ada), contohnya, 'Perhimpunan' mesti pada Insin period pertama, 2 subjek yang sama dalam sehari perlu pada period yang berturutan, dan sebagainya.

Saya sedang membangunkan sistem perkhidmatan pengaturan jadual waktu ini dan akan menggunakan data dari seberapa banyak sekolah yang mungkin, dengan sasaran akan dapat memberikan perkhidmatan ini untuk sessi persekolahan tahun hadapan apabila sistem ini telah stabil, InsyaAllah.

Klik ikon dibawah untuk memuat turun (download) Template Data Sekolah.


Template Data Sekolah


Template Percuma

Templates (Excel worksheets/workbooks) yang berkaitan dan bersesuaian untuk kegunaan sekolah dan peribadi akan ditambah disini dari masa kesemasa dan boleh di download secara percuma.
Sila klik tajuk-tajuk dibawah:

Sekiranya anda mempunyai Templates (Excel worksheets/workbooks) yang berguna dan akan memberi manfaat kepada guru-guru/sekolah yang lain, anda boleh menghantarkan kepada saya untuk saya muat naikkan kedalam web ini.

Hubungi Saya:

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, saranan dan cadangan sila hubungi saya dengan secara whatsapp/sms/call atau email berikut:

HJ AHMAD BIN HJ YUNUS

Klik disini sebelum anda meninggalkan web ini.
(Klik Logo diatas ini untuk melihat-lihat apa yang ada di RinggitBuilder)

HP: 017-8828078
Email: ringgitbuilder@gmail.com
Website: http://www.ringgitbuilder.com

Sekiranya proram ini bermanfaat, saya sangat menghargai dan menggalakkan anda untuk memperkenalkan laman web ini kepada sekolah & guru kenalan anda. InsyaAllah dengan usaha anda itu akan membantu rakan & guru-guru lain didalam menyediakan jadual waktu sekolah mereka dan InsyaAllah anda juga akan mendapat ganjarannya didunia dan di akhirat!

Hak Cipta Terpelihara 2009 RinggitBuilder.Com
Disclaimer: Ini adalah laman web peribadi. Anda dibenarkan untuk menggunakan program-program, template-template dan shareware yang boleh dimuat turun dari web ini secara PERCUMA. Bagaimanapun Ringgitbuilder tidak bertanggung jawab diatas segala tuntutan yang mungkin timbul dari penggunaannya. Kesemua program-program, template-template dan shareware ini adalah hakmilik RinggitBuilder dan tidak boleh dijual kepada mana-mana pihak.

anda
 
B