Hand
MANUAL PENGGUNA JWS-AUTO
PROGRAM JADUAL WAKTU SEKOLAH (JWS)
MENGAKTIFKAN (ENABLE) MACRO


Program JWS ini diprogramkan dengan fungsi macro.
Program ini tidak akan berfungsi sepenuhnya sekiranya fungsi macro tidak diaktifkan.
Jika program JWS tidak berfungsi, contohnya butang-butang (buttons) tidak boleh ditekan dan sebagainya, maka ini menunjukkan bahawa macro tidak diaktifkan.

EXCEL VERSI 2003

Berikut adalah caranya untuk anda mengaktifkan fungsi macro untuk Excel 2003:
1. Klik Tools
2. Klik Macro
3. Klik Security

Macro2003-1

4. Pilih Medium…
5. Klik OK
6. Selesai.

Setelah selesai, anda bolehlah membuka fail JWS anda. Jika sekiranya fail anda telah anda buka sebelum mengaktifkan macro ini, maka anda perlu keluar (tutup) fail ini dahulu dan membukanya kembali untuk fungsi macro berfungsi didalam fail anda.


Macro2003-1

Setelah anda mengaktifkan fungsi macro diatas, setiap kali anda membuka fail Penjadualan Waktu Sekolah (JWS), amaran berikut akan terpapar. Disini anda kena memberi arahan kepada Excel untuk mengaktifkan macro dengan menekan butang ‘Enable Macros’ seperti rajah dibawah.

Macro2003-3

 

 

EXCEL VERSI 2007 / 2010

Berikut adalah caranya untuk anda mengaktifkan fungsi macro untuk Excel 2007/2010:

1. Klik File
2. Klik Options

2007-1


3. Klik Trust Center
4. Klik Trust Center Settings

2007-2


5. Klik Macro Settings

2007-3


6. Pilih Disable all macros with notification.
7. Klik OK.
8. Klik OK sekali lagi.
9. Selesai.

Setelah selesai, anda bolehlah membuka fail JWS anda. Jika sekiranya fail anda telah anda buka sebelum mengaktifkan macro ini, maka anda perlu keluar (tutup) fail ini dahulu dan membukanya kembali untuk fungsi macro berfungsi didalam fail anda.

Setelah anda mengaktifkan fungsi macro diatas, setiap kali anda membuka fail Penjadualan Waktu Sekolah (JWS), amaran berikut akan terpapar. Disini anda kena memberi arahan kepada Excel untuk mengaktifkan macro dengan menekan butang ‘Enable Contents’ seperti rajah dibawah:

2007-4


Nota: Untuk Excel 2010, anda juga boleh klik butang Macro Security untuk terus kelangkah (6).

 

2007-5


Kembali ke Halaman Utama

RBLogo
Copyright Reserved © 2016 RinggitBuilder.com