Hand
MANUAL PENGGUNA JWS-AUTO
PROGRAM JADUAL WAKTU SEKOLAH (JWS)
MENGISI DATA SEKOLAH

Klik Tab Data

Jangan gunakan ‘Click & Drag’ atau ‘Drag & Drop’dalam mengisi dan mengolah data didalam
keseluruhan program ini. Sekiranya anda ingin menggunakan ‘Cut & Paste’,
gunakan ‘Paste Special’, dan pilih ‘Values’.

Langkah pertama untuk menggunakan program ini adalah untuk mengisi data sekolah anda dahulu. Apabila anda membuka fail yang anda download, klik tab ‘Data’ (lihat dibahagian bawah worksheet). Di sinilah semua data sekolah anda perlu diisi.

Data-01

Program anda mungkin mengandungi data-data contoh sebagai panduan bagaimana untuk mengisinya. Padam semua data sekinya telah ada dan tidak bersesuaian dengan data sekolah anda dan setelah itu isilah data-data pada jadual-jadual berikut:

Jadual A: Data Guru
Mulakan dengan mengisi Kod guru, diikuti dengan Nama Penuh Guru. Digalakkan untuk menggunakan kod yang pendek sahaja untuk mengelakkan jadual anda nanti nampak terlalu penuh. Sebelum anda mengisikan Kelas, isikan kod kelas terlebih dahulu didalam Jadual C. Begitu juga dengan Tahap (dalam Jadual D) dan Waktu (dalam Jadual F).

Jadual B: Data Subjek
Isikan kod subjek didalam kolum ‘Kod’ dan diikuti dengan Nama Penuh Subjek didalam kolum ‘Subjek’. Anda digalakkan menggunakan 3 digit kod untuk mengelakkan kesempitan ruang untuk paparan didalam jadual waktu, walau pun ianya tidak dihadkan begitu. Kemudian masukkan nombor kod warna pada kolum ‘#’. Nilai nombor ini adalah dari 1 sehingga 56. Digalakkan untuk memilih warna yang tidak terlalu gelap supaya tulisan pada jadual anda nanti tidak tenggelam dan akan kelihatan dengan jelas.

Jadual C: Data Kelas
Masukkan Kod Kelas mengikut Tahun. Pilih Tahap setelah anda mengisikan Jadual D terlebih dahulu. Untuk kolum ‘Rehat’, klik dan pilih period untuk rehat bagi kelas ini. Kemudian klik dan tentukan kumpulan masa mengikut apa yang telah anda tentukan didalan Jadual F.

Jadual D: Tahap (Optional)
Isikan Tahap dan Catitan yang menerangkan tahap tersbut disini. Catitan adalah optional dan tidak menjadi satu kemestian untuk mengisinya.

Jadual E: Data Hari
Bergantung pada negeri di Malaysia, klik dan pilih nama hari untuk hari pertama sehingga hari kelima dalam seminggu.

Jadual F: Kumpulan Waktu Period
Isikan masa permulaan bagi setiap period termasuk waktu rehat. Disini disediakan 8 kumpulan, A, B, C sehingga H. Anda boleh gunakan sesuka hati anda , contohnya A & B untuk sesi pagi dan C & D untuk sessi petang, tetapi tidak semestinya begini.

Jadual G: Data Period
Isikan panjang masa bagi satu period (minit) dan juga jumlah period maksima dalam seminggu disini. Arahan Ringkas mengenai cara mengisi data juga terdapat disebelah kanan halaman ini.

Arahan Spesifik Dalam Sel

Arahan spesifik untuk setiap individu sel juga terpapar pada sel-sel tertentu dimana ianya diperlukan, contohnya seperti rajah dibawah:

Data-02

Anda hendaklah sentiasa mengikut arahan pada setiap sel ini (jika ianya terpapar, untuk mengelakkan ‘error’ kemudian.

Nota:

Sekiranya arahan sel ini mengganggu pandangan anda, anda boleh mengalihkannya ketempat lain. Klik didalam kawasan kotak kuning arahan tersebut dan ‘drag’ ketempat lain yang anda sukai dan
yang tidak menutup pandangan anda.

Kembali ke Halaman Utama

RBLogo
Copyright Reserved © 2016 RinggitBuilder.com