JADUAL WAKTU SEKOLAH

RinggitBuilder.Com

Pengenalan

RB Logo

Ramai guru-guru yang bertungkus lumus dan bercengkang mata untuk menyediakan jadual waktu mengajar untuk semua guru-guru disekolah mereka. Ianya sesuatu yang sangat mencabar kesabaran. Cubalah gunakan program JWS ini yang telah membantu ramai guru-guru di Malaysia meringankan tugas mereka menyediakan keseluruhan jadual waktu untuk sekolah mereka setiap tahun.

 

Apa Dia JWS?

Program Jadual Waktu Sekolah (JWS) ini adalah Microsoft Excel Workbook yang telah di programkan dengan sistem macro untuk dijadikan satu program yang dapat membantu menyusun jadual induk sekolah secara mudah dan teratur. Untuk menggunakan program ini, anda hanya memerlukan Microsoft Excel (Windows) didalam komputer anda. Mac OS (Macintosh/Apple) tidak sesuai digunakan kerana tidak support macros. Ianya tidak memerlukan Program Installation.

Dipasaran terdapat banyak perisian yang boleh digunakan untuk membantu anda membuat jadual waktu sekolah. Tetapi kebanyakannya berharga beratus malah beribu ringgit. Berpatutan dengan harga, yang berbayar sudah tentunya canggih dan mempunyai berbagai fungsi. Disini, RinggitBuilder menyediakan dua jenis versi program, iaitu Versi Percuma dan Versi Berbayar.

Anda boleh menggunakan Versi Percuma secara PERCUMA. Ya percuma, namun ciri-cirinya agak terhad dan hanya sesuai untuk sekolah yang bersaiz kecil dan tiada banyak subjek yang bertindih/bergabung. Namun begitu versi percuma ini telah banyak dimanfaatkan oleh beratus guru-guru dan sekolah-sekolah diseluruh Malaysia semenjak tahun 2008 lagi.

Perinsip

Prinsip atau konsep yang digunakan ialah:
Murah, Mudah, Ringkas & Tepat.

Test Drive Dahulu

Jangan Membeli Sebelum Anda Test-Drive Dahulu...

Versi Test-Run yang boleh anda download dari website ini adalah berfungsi penuh 100%. Cuma anda tidak boleh menukar nama sekolah, meletakkan logo sekolah dan menukar tahun persekolahan sahaja. Ini bertujuan untuk memastikan ianya sesuai dengan komputer dan kehendak anda. Anda digalakkan umtuk mengisikan data dan membuat pengaturan sebahagian atau sehingga selesai 100%. Apabila telah benar-benar berpuas hati dan serasi dengannya, barulah anda membuat pesanan untuk membelinya.

Mulakan dengan mengisi data sekolah anda didalam tab Data dahulu sebelum berpindah kepada tab-tab yang lain. Baca arahan mudah disebelah kanan halaman atau dalam tab Manual dan ikut step-by-step dan juga setiap arahan singkat yang akan terpapar pada setiap sel yang perlu diisi, InsyaAllah anda akan cepat faham.

Uji Komputer Anda Untuk JWS

Adakah komputer anda sesuai digunakan untuk program JWS ini?

Untuk memastikannya, sila muat turun program berikut (klik image berikut) dan buka dengan program Excel anda.
Jika program ini memaparkan message KOMPUTER ANDA SESUAI, maka komputer anda boleh digunakan utnuk JWS ini.

Computer Test

 

Cara Membuat Pesanan JWS

Anda boleh membuat pesanan pembelian JWS Berbayar dengan melakukan langkah-langkah berikut:

Langkah 1 :
Download fail JWS Berbayar dari web ini.

Langkah 2 :
Isi data dan cuba buat aturan sebenar untuk sekolah anda (sehingga siap).

Langkah 3 :
Bila OK & berpuas hati baru buat bayaran (sila contact saya).

Langkah 4 :
Emailkan fail yang telah anda siapkan (didalam Langkah 2).

Langkah 5 :
Emailkan nama dan logo sekolah anda.

Langkah 6 :
JWS yang anda telah siapkan akan diberikan nama sekolah & logo sekolah dan akan diemailkan kepada anda semula dalam masa 24 jam.

 

Hubungi Saya

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, saranan dan cadangan sila hubungi saya dengan secara whatsapp atau email berikut:

HJ AHMAD BIN HJ YUNUS
Klik disini sebelum anda meninggalkan web ini.

HP: 017-8828078
Email: ringgitbuilder@gmail.com
Website: http://www.ringgitbuilder.com

JWS Percuma

Versi 2024

Spesifikasi JWS Percuma

Spesifikasi
Kuantiti
Jumlah Guru
100
Jumlah Subjek
30
Jumlah Hari Dalam Seminggu
5
Jumlah Period Dalam Sehari
15
Jumlah Aliran/Tingkatan Persekolahan
6
Jumlah Kelas Setiap Aliran/Tingkatan
10

Data diatas adalah kuantiti maksima.

Ciri-Ciri JWS Versi Percuma

Klik ikon dibawah untuk memuat turun (download) JWS Versi Percuma.
Cuba buat aturan jadual waktu sekolah anda (sehingga selesai).
Untuk mengubah nama sekolah dan tahun, emailkan fail JWS yang telah disiapkan bersama dengan Nama Anda, Nama Sekolah & Nombor HP kepada kami.
Tidak perlu bayar... Ianya PERCUMA!


JWS Versi Percuma.  Klik untuk download (muat turun)
JWS Versi Percuma
(fungsi sepenuhnya, bukan demo)

 

JWS Berbayar (Manual)

Versi 2024

Spesifikasi JWS Berbayar (Manual)

Spesifikasi
Kuantiti
Jumlah Guru
100
Jumlah Subjek
40
Jumlah Hari Dalam Seminggu
5
Jumlah Period Dalam Sehari
15 & 18
Jumlah Kelas
30

Data diatas adalah kuantiti maksima.

Ciri-Ciri JWS Versi Berbayar (Manual)

  • Tidak perlu Installation
  • Tiada had masa penggunaan
  • Pengaturan jadual waktu adalah secara manual
  • Mudah digunakan kerana ia berasaskan Microft Excel.
  • Panduan secara visual pada setiap sel (cell)
  • Mengeluarkan amaran apabila sesuatu keadaan tidak dibenarkan.
  • Dapat memastikan tidak ada guru yang terlebih bebanan masa mengajar.
  • Dapat mengelakkan keadaan bertindih masa untuk guru.
  • Kerja dan setting untuk mencetak semudah Excel.
  • Boleh membuat kerja secara beransur-ansur.
  • Mempunyai grafik yang menarik dan tidak membosankan.
  • Mempunyai fungsi RELIEF untuk mencari guru pengganti. Slip Relief juga boleh dicetak.
  • Mewarnakan (pilihan) period mengikut subjek secara automatik.
  • Penentuan dan pengaturan masa period untuk beberapa kumpulan.
  • Penentuan dan pengaturan masa rehat secara automatik.
  • Boleh mengatur waktu rehat yang berbeza-beza antara kelas/tahap.
  • Paparan logo sekolah didalam cetakan jadual waktu.
  • Manual Pengguna ringkas disediakan bersama (didalam) fail.
  • Jadual Lokasi Guru - untuk mengesan keberadaan guru pada bila-bila masa.
  • Boleh mengatur guru/subjek bertindih, contohnya Pendidikan Islam bertindih dengan Pendidikan Moral
  • Boleh mengatur kelas-kelas yang bergabung dan diajar oleh seorang guru.
  • Masa berlainan khusus untuk hari Jumaat (pilihan).
    Harga: RM280

Klik ikon dibawah untuk memuat turun (download) Program JWS Versi Test-Run. Baca dan ikut arahan/panduan ringkas yang terdapat didalam Program JWS itu sendiri untuk membantu anda menggunakannya. Jika terdapat juga masaalah, bolehlah anda menghubungi saya terus melalui whatsApp (lebih diutamakan) atau email.

.... SELAMAT MENCUBA ....

JWS 2013 (untuk sekolah rendah) Versi Demo (Test Drive). Klik untuk download (muat turun)
JWS Berbayar (Test Drive)
(100% Berfungsi Penuh)

 

JWS Berbayar (Auto-Generate)

Versi 2025

Diatas permintaan ramai guru-guru pengguna JWS, RinggitBuilder sedang membangunkan program JWS-AutoGenerate. Jika berjaya nanti akan memudahkan guru-guru menyiapkan jadual waktu sekolah dalam masa yang lebih cepat.

Spesifikasi JWS Berbayar (Auto-Generate)

Spesifikasi
Kuantiti
Jumlah Guru
100
Jumlah Subjek
40
Jumlah Hari Dalam Seminggu
5
Jumlah Period Dalam Sehari
15
Jumlah Kelas
30

Data diatas adalah kuantiti maksima.

Ciri-Ciri Versi Berbayar (Auto Generate)

JWS Versi Berbayar (Auto-Generate) akan mempunyai ciri-ciri seperti JWS Versi Berbayar (Aturan Manual) ditambah dengan ciri-ciri berikut:

 

Contoh Paparan JWS

Ruangan Memasukkan Data Ruangan Memasukkan Data Ruangan Untuk Menyusun Jadual Harian
Jadual Keseluruhan Guru Jadual Keseluruhan Tahunan Statistik & Status Guru
Jadual Waktu Guru Individu Jadual Waktu Kelas Mengatur Guru Relief
Pengaturan 2 Subjek/Guru Bertindih Dalam Satu Period Paparan Data Guru Relief Contoh Relief Print Out