Pengenalan
Ramai guru-guru yang bertungkus lumus dan bercengkang mata untuk menyediakan jadual waktu mengajar untuk semua guru-guru disekolah mereka. Ianya sesuatu yang sangat mencabar kesabaran. Cubalah gunakan program JWS ini yang telah membantu ramai guru-guru di Malaysia meringankan tugas mereka menyediakan keseluruhan jadual waktu untuk sekolah mereka setiap tahun.
Apa Dia JWS?
Program Jadual Waktu Sekolah (JWS) ini adalah Microsoft Excel Workbook yang telah di programkan dengan sistem macro untuk dijadikan satu program yang dapat membantu menyusun jadual induk sekolah secara mudah dan teratur. Untuk menggunakan program ini, anda hanya memerlukan Microsoft Excel (Windows) didalam komputer anda. Mac OS (Macintosh/Apple) tidak sesuai digunakan kerana tidak support macros. Ianya tidak memerlukan Program Installation.
Dipasaran terdapat banyak perisian yang boleh digunakan untuk membantu anda membuat jadual waktu sekolah. Tetapi kebanyakannya berharga beratus malah beribu ringgit. Berpatutan dengan harga, yang berbayar sudah tentunya canggih dan mempunyai berbagai fungsi. Disini, RinggitBuilder menyediakan dua jenis versi program, iaitu Versi Percuma dan Versi Berbayar.
Anda boleh menggunakan Versi Percuma secara PERCUMA. Ya percuma, namun ciri-cirinya agak terhad dan hanya sesuai untuk sekolah yang bersaiz kecil dan tiada banyak subjek yang bertindih/bergabung. Namun begitu versi percuma ini telah banyak dimanfaatkan oleh beratus guru-guru dan sekolah-sekolah diseluruh Malaysia semenjak tahun 2008 lagi.
Perinsip
Prinsip atau konsep yang digunakan ialah:
Murah,
Mudah, Ringkas & Tepat.
Test Drive Dahulu
Jangan Membeli Sebelum Anda Test-Drive Dahulu...
Versi Test-Run yang boleh anda download dari website ini adalah berfungsi penuh 100%. Cuma anda tidak boleh menukar nama sekolah, meletakkan logo sekolah dan menukar tahun persekolahan sahaja. Ini bertujuan untuk memastikan ianya sesuai dengan komputer dan kehendak anda. Anda digalakkan umtuk mengisikan data dan membuat pengaturan sebahagian atau sehingga selesai 100%. Apabila telah benar-benar berpuas hati dan serasi dengannya, barulah anda membuat pesanan untuk membelinya.
Mulakan dengan mengisi data sekolah anda didalam tab Data dahulu sebelum berpindah kepada tab-tab yang lain. Baca arahan mudah disebelah kanan halaman atau dalam tab Manual dan ikut step-by-step dan juga setiap arahan singkat yang akan terpapar pada setiap sel yang perlu diisi, InsyaAllah anda akan cepat faham.
Uji Komputer Anda Untuk JWS
Adakah komputer anda sesuai digunakan untuk program JWS ini?
Untuk memastikannya, sila muat turun program berikut (klik image berikut) dan buka dengan program Excel anda.
Jika program ini memaparkan message KOMPUTER ANDA SESUAI, maka komputer anda boleh digunakan utnuk JWS ini.
Cara Membuat Pesanan JWS
Anda boleh membuat pesanan pembelian JWS Berbayar dengan melakukan langkah-langkah berikut:
Langkah 1
:
Download fail JWS Berbayar dari web ini.
Langkah 2
:
Isi data dan cuba buat aturan sebenar untuk sekolah anda (sehingga siap).
Langkah 3
:
Bila OK & berpuas hati baru buat bayaran (sila contact saya).
Langkah 4
:
Emailkan fail yang telah anda siapkan (didalam Langkah 2).
Langkah 5
:
Emailkan nama dan logo sekolah anda.
Langkah 6
:
JWS yang anda telah siapkan akan diberikan nama sekolah & logo sekolah dan akan diemailkan kepada anda semula dalam masa 24 jam.
Hubungi Saya
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, saranan dan cadangan sila hubungi saya dengan secara whatsapp atau email berikut:
HJ AHMAD BIN HJ YUNUS
HP: 017-8828078
Email: ringgitbuilder@gmail.com
Website: http://www.ringgitbuilder.com
JWS Percuma
Versi 2024
Spesifikasi JWS Percuma
Spesifikasi |
Kuantiti |
Jumlah Guru |
100 |
Jumlah Subjek |
30 |
Jumlah Hari Dalam Seminggu |
5 |
Jumlah Period Dalam Sehari |
15 |
Jumlah Aliran/Tingkatan Persekolahan |
6 |
Jumlah Kelas Setiap Aliran/Tingkatan |
10 |
Data diatas adalah kuantiti maksima.
Ciri-Ciri JWS Versi Percuma
-
Tidak perlu Installation.
-
Mudah digunakan kerana ia berasaskan Microft Excel.
-
Pengaturan jadual waktu adalah secara manual.
-
Panduan secara visual pada setiap sel (cell).
-
Mengeluarkan amaran apabila sesuatu keadaan tidak dibenarkan.
-
Dapat memastikan tidak ada guru yang terlebih bebanan masa mengajar.
-
Jadual Statistik Guru - untuk mengesan bebanan masa setiap guru dalam seminggu.
-
Dapat mengelakkan keadaan bertindih masa untuk guru.
-
Kerja dan setting untuk mencetak semudah Excel.
-
Boleh membuat kerja secara beransur-ansur.
-
Mempunyai grafik yang menarik dan tidak membosankan.
-
Manual Pengguna ringkas disediakan bersama (didalam) fail.
-
Boleh mengatur sepasang guru/subjek bertindih, contohnya Pendidikan Islam bertindih dengan Pendidikan Moral
Harga: Percuma
Klik ikon dibawah untuk memuat turun (download) JWS Versi Percuma.
Cuba buat aturan jadual waktu sekolah anda (sehingga selesai).
Untuk mengubah nama sekolah dan tahun, emailkan fail JWS yang telah disiapkan bersama dengan
Nama Anda, Nama Sekolah & Nombor HP kepada kami.
Tidak perlu bayar... Ianya PERCUMA!
JWS Versi Percuma
(fungsi sepenuhnya, bukan demo)
Contoh Paparan JWS